Tips Mancing Aman Pulang Pikul Ikan
JANGAN PERGI MANCING KALAU TAK TAHU
11 pantang larang hidup di darat dan di air
Aku bukan Pakar Pancing, tetapi petua “Orang Tua” yang aku jumpa di Sungai Pahang telah mengubah 360 darjah gaya memancing aku. Pada awalnya, agak susah untuk memperaktik pantang dan petua ini.
Lama kelamaan ia menjadi nyaman dan selamat kerana aku sedar aku tidak membuat sesuatu kerosakkan atau keburukan yang mahkluk lain tidak suka.
11 Pantang larang dan petua yang pemancing dan keluarga wajib tahu
.
“Orang Tua” berkenaan memperturunkan pantang larang berikut untuk dikongsi bersama. Ini bukannya soal percaya atau tidak percaya tapi soal makhluk yang Allah ciptakan dalam berbagai rupa, bentuk dan keupayaan, yang tidak boleh kita aniayai dan zalimi.
.
Ingatlah sebaik-baik jin adalah sejahat2 manusia.
.
1) Amalkan memberi salam apabila sampai ke tempat memancing. Ikhlaskan hati hanya untuk memancing mencari rezeki.
.
2) Betulkan niat . Jika berhajat untuk mendapat tiga atau 4 ekor ikan sahaja Berhentilah setelah hajat dipenuhi. Jangan tamak.
.
3)Jika terdapat ikan-ikan besar yg sering menunjuk kan rupa tapi tidak mahu memakan umpan. biarkan saja jangan di pedulikan.
.
4) Bawa segengam garam kasar atau belerang atau sesuatu untuk halau binatang liar atau berbisa di tempat mancing. masukkan dalam bekas kecil dan letakkan berhampiran.
.
Keempat-empat petua diatas adalah untuk keselamatan diri, rakan-rakan mahupun keluarga
.
5) Jangan membuang najis merata-rata. Carilah tempat yg sesuai untuknya. Petua ini adalah untuk mengelakkan kita dari mencemarkan tempat makhluk lain beribadat.
.
6)Jika keluar memancing dan pulang larut malam, jangan terus pulang kerumah. Singgahlah dahulu di tempat lain saperti kedai kopi. Bila sampai dirumah jgn terus masuk kerumah. Berehatlah dahulu sebentar diluar rumah. Petua ini adalah untuk mengelakan anda diikuti oleh makhluk halus dan menghalangnya dari memasuki rumah kita.
.
7) Jika orang rumah bertanya bila hendak balik kerumah sesudah memancing. Jangan sekali-kali memberikan jam dam masa yg tepat. Katakan padanya nanti abang balik lah. Petua ini bagi mengelakkan makhlus halus menyerupai anda dan kembali kerumah kita sebelum kita.
.
8) Jangan mengambil sebarang benda ditempat kita memancing. Jika kita menggunakan benda yg terdapat disitu kembalikan ia semula ketempatnya. Petua ini adalah untuk memelihara diri dan keluarga kita dari terambil hak makhluk lain yg akan membawa akibat yg buruk.
.
9) Jika memancing di tepi laut bersama keluarga, jgn biarkan anak bermain di gigi air laut. kalau nak mandi terus mandi kedalam air laut. Jika tidak duduk atau bermain saja dipantai. Petua ini adalah untuk keselamatan anak kita dari menjadi rebutan diantara makhluk didarat dan dilaut.
.
10) Jaga mulut , jgn celupar dan suka menegur perkara yg pelik-pelik. Jika sesuatu yg aneh dan luar biasa berlaku. Bacalah ayat kursi dalam hati…jika benar-benar terdesak AZAN lah. Jangan panik, bawa bertenang. InsyaAllah semuanya akan baik.
.
11) Jika hasil tangkapan tiada, ingatlah ada benda yang sedang memburu selain anda di situ.
Jika ia adalah mahkluk halus, biarkan lah
Jika ia adalah binatang, berhati-hatilah. Guna garam kasar atau penghalau Binatang liar untuk elak dari bertemu atau menghalang ia memasuki kawasan mancing kita
SEMOGA PETUA DAN PANTANG LARANG INI DAPAT DIAMALKAN BERSAMA DAN SAMPAIKANLAH KEPADA KAWAN-KAWAN DAN GENERASI MUDA
.
Master-G
Pakar Halau Binatang Liar dan Berbisa
Laman Web Rasmi https://master-g.my/
Whatsapp Hot Line Link http://forestmasterg.wasap.my
Facebook Master G
Post a Comment for "Tips Mancing Aman Pulang Pikul Ikan"